BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 22 April 2011

AKHIRNYA .......

Assalamualaikum,

Setelah banyak halangan yang menimpa dan tak dapat saya elakkan, akhirnya dapatlah juga saya merealisasikan blog ini kepada semua yang meminati dan menggilai sejarah. Pada awalnya blog yang saya rancang hanyalah untuk membantu para pelajar PraUniversiti, khususnya pelajar PraU SMKA Segamat. Namun setelah difikirkan secara mendalam, itu adalah satu kerugian. Saya mahu pergi lebih jauh dari itu. Apalah sangat ilmu yang ada untuk dititipkan kepada para pelajar PraU. Sebaliknya saya ingin berkongsi pendapat dan rasa dengan semua pembaca terutama fanatik dan berpengetahuan sejarah untuk sama-sama membantu pelajar-pelajar saya ini. Pembaca yang saya maksudkan bukanlah terdiri daripada para pelajar semata-mata tetapi juga saya ingin mengalu-alukan tenaga profesional untuk berkongsi ilmu. Kerana itulah saya menamakan blog ini sebagai 'sejarah : yang tersurat dan tersirat'.

Kerap kali kita disogokkan dengan fakta-fakta sejarah dan anak-anak pelajar cenderung untuk melihat sejarah sebagai mata pelajaran mati dan membosankan. Fakta-fakta yang banyak dan hampir sama, menyebabkan tidak ramai yang dapat menguasai ilmu sejarah sepenuhnya. Tidak dinafikan rata-rata pelajar saya 'menghafal sejarah' secara membuta tuli. Mereka mungkin cemerlang di atas kertas peperiksaan awam tetapi hakikatnya ilmu sejarah yang dipelajari itu tidak sedikit pun dapat digunakan untuk meramal masa depan negara. Adalah satu kerugian sekiranya perkara seperti itu berlaku.

Oleh itu, saya mengharapkan dengan adanya blog ini, pelajar-pelajar cemerlang sejarah akan dapat dibimbing secara perkongsian ilmu, untuk diajarkan skill meramal dan mengaplikasi sejarah dalam kehidupan seharian. Untuk itu, saya menyeru supaya dapatlah disokong blog saya ini supaya dapat melahirkan pelajar yang celik sejarahnya supaya kita tidak mengulang sejarah hitam bangsa dan negara. Insyaallah

3 ulasan:

FaRhAH Za'Ba berkata...

waaaaahhh~ mukadimah yang berkesan..menarik!
jgn berhenti menulis ustazah, saya nak baca lagi...suka2~ ^_^

mark berkata...

x sabar nak tgk gaya penyampaian ustazah kat sini...adekah dlm bentuk kotak2 ??/ ehhehe

hafiza abdul hamid berkata...

kotak sejarah hanya secara eksklusif dalam kelas sahaja